Saturday, May 8, 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2010 telah pun selesai dilaksanakan dengan jayanya. Acara yang berlangsung di Dewan Ilmu bermula pada jam 8.00 pgi dengan dihadiri ibu-bapa, guru-guru dan AJK PIBG. Kehadiran para ibubapa seramai hampir 100 orang menggambarkan sokongan dan keprihatinan para ibubapa terhadap perkembangan sekolah dan permasalahan yang berlaku dipersekitaran sekolah, lebih-lebih lagi tentang perkembangan sekolah ke arah kecemerlangan anak masing-masing.


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku. Majlis diberkati dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ust. Sulaimin pada awal majlis. Ucapan Pengetua dan YDP PIBG rata-rata menjelaskan tentang pembangunan sekolah yang telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan. Segala pembangunan ini tidak lain adalah ke arah pembangunan dan kemudahan sekolah untuk menjadikan sekolah yang kondusif dalam mebentuk pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.


Harapan yang diberikan amat besar kepada ibubapa agar sentiasa bersama warga guru dalam membentuk pelajar yang cemerlang. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharap-harapkan.


Pembubaran AJK yang lama telah dilaksanakan, dan penubuhan AJK baru juga berjaya dilaksanakan dengan sempurna.Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi yang dilantik.


YDP : En. Johnny T. Kulai

NYDP : En. Anggat Sapeh

S/U Kehormat : En. Hanafi Mohd Adnan

Pen. S/U Kehormat : Cik Janet Leong

Bendahari Kehormat : Pn Ainaty Md Yussof Watty


Barisan pimpinan ini bakal menjadi peneraju kepada PIBG, namun begitu guru-guru dan ibubapa sebenarnya menjadi nadi kepada keberkesanan dan kejayaan organisasi ini.


Mesyuarat ini juga telah membincangkan beberapa usul yang dikemukakan oleh ibubapa dan guru-guru. Di antaranya adalah mengenai isu masalah ponteng sekolah dan disiplin pelajar. Rata-rata ibubapa menyatakan harapan dan sokongan untuk bekerjsama dengan pihak sekolah dalam menangani isu disiplin pelajar. Usul mengenai kemudahan dan infrastruktur sekolah juga disebut dan dibincangkan bersama.Manakala program dan aktiviti sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum juga disentuh. Kesepakatan dan kebersamaan ibubapa dan guru-guru dalam membincangkan isu kecemerlangan dikalangan pelajar amat penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.


Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Secara keseluruhannya mesyuarat kali ini boleh dianggap berjaya dan sangat penting dalam meneruskan kesinambungan sasaran dan matlamat terdahulu.Segunung harapan juga agar organisasi PIBG ini dapat membantu dan bekerjasama dalam menjadikan SMSFX sebuah sekolah yang cemerlang dan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails