Sunday, August 15, 2010

Makan Malam Jasamu Dikenang 2010

Koleksi gambar-gambar sekitar Majlis Makan Amal Jasamu Dikenang SM St, Francis Xavier, 2010



Ketibaan VVIP

Para VVIP , VIP dan jemputan mengambil tempat

Majlis dimulakan dengan Tarian Tradisional



Kehadiran para pelajar dan x-students

Menjamu selera


Pemotongan kek sempena Ulangtahun ke-50


Para penerima Anugerah Tokoh Pelajar dan Bekas-bekas Pengetua SMSFX


Gimik penutupan majlis

Para AJK Perlaksana

Sunday, August 1, 2010

Gotong royong Keceriaan dan Kebersihan

Pada 21 Julai yang lepas, SMSFX telah mengadakan program Gotong royong Keceriaan dan Kebersihan peringkat sekolah. Satu progarm yang cukup baik dan sangat bermanfaat kepada sekolah dan juga kepada pelajar-pelajar SMSFX.

Sebagai persediaan dan permulaan program, setiap guru dan pelajar diminta untuk menderma sepohon pokok bunga untuk dikumpulkan di tapak semaian dan pengumpulan pohon-pohon bunga di SMSFX. Dengan cara ini, diharapkan sekolah dapat mengumpulkan hampir 1000 pohon bunga bagi tujuan keceriaan kawasan sekolah. Setiap pohon bunga yang diterima telah dikumpul di tapak pengumpulan untuk tujuan rawatan dan pengagihan ke sekitar kawasan sekolah dan kelas-kelas.



Inilah diantara pohon-pohon bunga yang dapat dikumpulkan diawal pagi tersebut. Walaupun tak sebanyak yang diharapkan, namun ia tetap mendapat sambutan baik. Dan diharapkan jumlah pohon bunga ini akan bertambah dari masa ke semasa, memandangkan program ini adalah berpanjangan dan berterusan. Dengan adanya pohon-pohon bunga yang menyerikan seluruh sekolah ini, ia akan dapat menjadikan SMSFX sebuah sekolah yang ceria dan hijau walaupun berada di tengah kesibukan pekan Keningau



Di samping pengumpulan pohon bunga, pelajar juga berkerjsama membersih dan menceriakan kelas masing-masing dengan pemantauan dan bantuan guru-guru kelas.
Membersih cermin tingkap


Membalut dan menghias meja



5 Aquamarine dengan muralnya.

Proses menceriakan kelas

Proses membersihkan kelas



5 Sapphire dengan mural yang belum siap

Program ini berlangsung selama hampir 3 jam, namun masih banyak yang perlu di selesaikan. Proses menceriakan kelas akan disambung oleh pelajar sesi petang. Diharapkan dengan progam ini, kelas-kelas akan sentiasa bersih dan semakin ceria dan akan menjadikan sesi pembelajaran akan lebih berkesan.

Saturday, May 29, 2010

Selamat bercuti untuk warga SMSFX

Peperiksaaan Pertengahan Tahun bagi sesi 2010 baru saja berakhir, riak-riak gembira di wajah murid-murid jelas kelihatan setelah tamat sesi terakhir peperiksaan pada Khamis 27 Mei. Namun ada juga yang terus tidak senang duduk memikirkan result yang bakal terima, tapi ada juga yang langsung tidak ambil kisah tentang keputusan peperiksaan mereka. Apa yang berlegar dan bermain difikiran mereka adalah apa yang akan dilakukan dalam cuti panjang ini.

Walaupun cuti telah bermula, guru-guru sebenarnya tetap tidak bercuti sepenuhnya. Masih ada tugasan yang perlu diselesaikan. Murid-murid bergembira bercuti, namun guru masih perlu menanda dan memeriksa kertas jawapan anak-anak muridnya. Begitulah pengorbanan seorang guru.

Apa-apa pun, selamat bercuti untuk semua warga SMSFX. Isikanlah cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan merehatkan minda. Bagi murid-murid, walaupun bercuti pelajaran jangan dilupakan 100%, lakukan latihan dan ulangkaji dengan kadar yang sesuai. Dan bagi warga guru, gunakan kesempatan bercuti untuk merehatkan minda dan mengeratkan hubungan kekeluargaan masing-masing. Selamat bercuti, jaga kesihatan, jaga keselamatan......jumpa di sesi yang akan datang, 21 jun 2010.

Tuesday, May 18, 2010

PROJEK PERTAMA ICT TEAM 2010



Ketua Guru Penyelaras : Mohd Faizal Salleh
Penolong Penyelaras : Angela Ann David
AJK Guru :
Norsiah Salehuddin
Lydia Tumin
Manimaran a/l Peromal
Nuh Abdul Kadir

AJK Pelajar :
Mohd Faizol Safran (5 Emerald)
Declan Paul Johnny (5 Emerald)
Hadi Osman (5 Emerald)
Nelson Stel (5 Emerald)
Wan Noor Nazreen (5 Emerald)
Erna Fiona Placidus (4 Emerald)
Ignatia Justine (4 Emerald)
Siti Nurwadah Jafree (4 Emerald)
Arnold Gibson Gilbert (4 Emerald)
Adriana Joanes Leong (4 Emerald)
Camilly Cynthia Louis (4 Zircon)
Rachella Audery C.Robin (4 Zircon)
Juney June Wenceslaus (3 Sapphire)
Mary Anne Wong (3 Aquamarine)
Russel Adam C.Robin (3 Aquamarine)
Marfiqca Marzuki (3 Emerald)




Peringkat pertama dalam usaha meningkatkan lagi keceriaan Bilik ICT SMSFX telah diadakan pada 15 Mei 2010. Seramai 13 orang AJK Pelajar telah hadir dan membantu kerja-kerja pembersihan di dalam Bilik ICT dan juga Bilik Penyelaras ICT. Tugas memeriksa dan merekod semula data serta maklumat peralatan dalam Bilik ICT seperti monitor, CPU dan tetikus juga turut dilaksanakan.





Ribuan terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan projek pertama ICT Team tahun ini.

Saturday, May 8, 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2010 telah pun selesai dilaksanakan dengan jayanya. Acara yang berlangsung di Dewan Ilmu bermula pada jam 8.00 pgi dengan dihadiri ibu-bapa, guru-guru dan AJK PIBG. Kehadiran para ibubapa seramai hampir 100 orang menggambarkan sokongan dan keprihatinan para ibubapa terhadap perkembangan sekolah dan permasalahan yang berlaku dipersekitaran sekolah, lebih-lebih lagi tentang perkembangan sekolah ke arah kecemerlangan anak masing-masing.


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku. Majlis diberkati dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ust. Sulaimin pada awal majlis. Ucapan Pengetua dan YDP PIBG rata-rata menjelaskan tentang pembangunan sekolah yang telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan. Segala pembangunan ini tidak lain adalah ke arah pembangunan dan kemudahan sekolah untuk menjadikan sekolah yang kondusif dalam mebentuk pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.


Harapan yang diberikan amat besar kepada ibubapa agar sentiasa bersama warga guru dalam membentuk pelajar yang cemerlang. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharap-harapkan.


Pembubaran AJK yang lama telah dilaksanakan, dan penubuhan AJK baru juga berjaya dilaksanakan dengan sempurna.Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi yang dilantik.


YDP : En. Johnny T. Kulai

NYDP : En. Anggat Sapeh

S/U Kehormat : En. Hanafi Mohd Adnan

Pen. S/U Kehormat : Cik Janet Leong

Bendahari Kehormat : Pn Ainaty Md Yussof Watty


Barisan pimpinan ini bakal menjadi peneraju kepada PIBG, namun begitu guru-guru dan ibubapa sebenarnya menjadi nadi kepada keberkesanan dan kejayaan organisasi ini.


Mesyuarat ini juga telah membincangkan beberapa usul yang dikemukakan oleh ibubapa dan guru-guru. Di antaranya adalah mengenai isu masalah ponteng sekolah dan disiplin pelajar. Rata-rata ibubapa menyatakan harapan dan sokongan untuk bekerjsama dengan pihak sekolah dalam menangani isu disiplin pelajar. Usul mengenai kemudahan dan infrastruktur sekolah juga disebut dan dibincangkan bersama.Manakala program dan aktiviti sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum juga disentuh. Kesepakatan dan kebersamaan ibubapa dan guru-guru dalam membincangkan isu kecemerlangan dikalangan pelajar amat penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.


Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Secara keseluruhannya mesyuarat kali ini boleh dianggap berjaya dan sangat penting dalam meneruskan kesinambungan sasaran dan matlamat terdahulu.Segunung harapan juga agar organisasi PIBG ini dapat membantu dan bekerjasama dalam menjadikan SMSFX sebuah sekolah yang cemerlang dan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.

Thursday, May 6, 2010

Kesibukan di sana-sini

Persekitaran SMSFX kini mula terasa kesibukannya. Masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing, tidak kira sama ada warga guru mahupun pelajar-pelajar SMSFX.

Guru-guru penasihat kelab, persatuan, unit beruniform dan permainan sibuk dengan buku log pengurusan yang harus dilengkapkan. Guru-guru kelas sibuk dengan pengurusan kelas dan ahli-ahlinya. Guru-guru lain sibuk dengan perancangan masing-masing.
Demam exam dan kesibukanya mula terasa, di sana-sini guru mula sibuk menyediakan soalan-soalan untuk anak didik yang bergelar pelajar. Pelajar pulak macamana?....sibuk jugak kah?
Ada yang mula sibuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan latihan-latihan terutama pelajar SPM dan PMR yang kian terasa aura peperiksaan sebenar. Namun masih ada yang mengambil sikap sambil lewa, langsung tiada semangat dan perasaan untuk menghadapi peperiksaan. Bagi yang berusaha, diucapkan selamat maju jaya.
Kepada semua warga SMSFX, selamat menempuhi musim peperiksaan dan kesibukan lain yang bakal mendatang.

Tuesday, April 20, 2010

Konsert Jubli Emas SMSFX 2010 Meriah


Setelah hampir 2 bulan bertungkus-lumus untuk persediaan konsert sekolah yang julung kali diadakan, akhirnya terciptalah sejarah dalam lipatan diari SM.St.Francis Xavier apabila Konsert Jubli Emas 50 Tahun berlangsung dengan meriah di Dewan Masyarakat Keningau pada hari Sabtu, 10 April 2010 bermula jam 7.30 malam.



Sesi latihan berterusan setiap hari dan hujung minggu yang melibatkan penyanyi, penyanyi latar dan penari latar dari kalangan pelajar dan bekas pelajar serta komitmen padu dari AJK Kerja Konsert ternyata membuahkan hasil yang sangat manis untuk dikongsi oleh semua warga SFX.

Gambar preview latihan konsert dan hari konsert akan menyusul. Tungguuuu...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails