Thursday, January 1, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam perkenalan untuk semua pengunjung laman blog Sek Men. St. Francis Xavier ini. Laman blog ini terhasil adalah hasil idea dan inisiatif daripada Team ICT SMSFX ke arah mewujudkan budaya ICT di sekolah, bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada seluruh warga SMSFX.

Kewujudan laman blog ini adalah salah satu langkah ke arah mewujudkan laman web sekolah pada satu masa akan datang. Laman blog ini masih baru dan masih dalam proses pembinaan dibawah kelolaan Penyelaras ICT sekolah merangkap Team ICT SMSFX.

Para pengunjung dialu-alukan untuk memberi komen dan pendapat untuk memantapkan laman blog ini dan seterusnya membangunkan budaya ICT di sekolah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails